About Me

My photo
hai.. Selamat datang ke blog SalasiahNur. Enjoy da shortstories,my dairies and others. Love u all...

Sunday, December 25, 2011

Tabir Cinta


Tabir Cinta
~apakah cinta ini perlu ditunaikan~

Aku merenung dia di hadapku, apakah aku mampu menipu ? Tapi andainya aku menerima, apakah aku mampu menunaikan? Tuhan, andai tiada kisah duka disebalik ini pasti kehadirannya dalam hatiku bukanlah dugaan mungkin ia satu anugerah tapi kebenarannya ini satu kewalahan perit. Tanggungjawaban ini satu yang sarat, amat berat untukku menggalas, apakah Kau sengaja mengujiku?

i
Cinta itu satu tanggungjawab
Sayang itu membawa satu kewajiban besar
Lumrah hati

ii
Semalam yang kelam warnanya
Sungai-sungai luka bersimpang siur pelbagai arah
Air merahnya melimpah ke segenap ruang hatiku
Mampukah aku menjernihkannya dalam satu malam untuk si dia singgah bermanda

Relung jiwa ini kosong
Aku tidak mengharap sesiapa menjengahnya
Tiada perlu siapa mengisi ruangnya, kerana
Tiada cinta saudara (lelaki) sekalipun aku mampu hidup
Aku  tahu apa erti itu kesakitan disakiti
Apa erti itu cinta tak dihargai
Apakah aku sekadar tempat melepas lelah
Kala lelaki penat melalui benteng-benteng hitam dan tinggi dihadapanya
Lalu aku lah tempat dia bersandar meminjam bahu
Bagai anak kecil mengharap seorang ibu

Lalu aku berhenti
Tuhan, berkatilah keputusan ini
Tetapi Engkau tidak
Terusan pula mencabar ketabahanan yang sudah semput menghalau mimpi ngeri semalam
Apakah hidup aku ini sekadar untuk meneduhkan
Sedangkan aku bak camar yang hilang pedoman
Terbangnya terbatas
Menjaga helang yang rakus mencari mangsa
Dan aku terikat pada cinta yang Kau perturunkan sedang jiwa ini tak pernah bahagia mengecap ketentuan

Tuhan
Engkau tolonglah aku
Dengan memberi kerehatan kerana aku sudah tidak mampu lagi menggalas duka-duka ini
Sebak dan pahit
Kelam dan perit
Bak malam yang pekat
Kosong aku di dalamnya

Baru sebentar tadi aku melihat cahaya
Walau sekadar satu laluan nipis halus warnanya tapi aku sangat terasa ada pengharapan di sepanjang garis itu
Tapi mengapakah......


iii
Kau kaburkan warnanya setelah pintasan jalan seorang lelaki
yang membening matanya dengan redupan berat
dia menyimpan sejarah yang hilang daripada pandangan sesiapa jua
tetapi mengapa aku
mengapa aku yang kau kirimi satu perasaan aneh untuk aku kekal di sisinya
tanpa mencari ruang untuk pergi
malah mahu sentiasa menemani

logikalku satu kematangan manusia
aku tidak mahu menempah sakit yang serupa
tanpa perlu bernada kasih, aku katakan khabarnya

biarkan lelaki itu mengganggap aku ini gadis gila
yang hilang arah lalu tanpa sebab mencurah kata-kata sayang

biarkan lelaki itu mengganggap aku ini gadis picisan
kerana dengan tenang menyata akan perasaan

kerana aku sudah tidak siuman dengan masa laluku
aku sanggup membuat apa sahaja supaya aku tidak temukan percintaan sebegitu lagi
kerana itu secara halus aku menghalau dia pergi

bila aku katakan pada seseorang
bererti aku ingin ianya berakhir
apakah tanpa sedar dia tidak faham bahawa aku ingin meninggalkan tanggungjawabku terhadapnya?

i
cinta itu satu tanggungjawaban
walau sederita mana kamu berada di sisinya
cinta itu tetap mengikatmu
dan takkan mampu kau lari dari menemaninya hingga kamu mati kekeringan

biarpun darahmu mengalir pekat
bertakung setiap-setiap detik
kau tak dibenarkan meninggalkan insan yang kau cintai

apakah Tuhan ini sengaja
mengisi hatiku dengan cinta untuk aku sengsara
kerana Dia sendiri yang mengajarku,
cinta itu satu galasan.

Aku menunaikan apa yang harus
Hingga dia yang kucintai tersenyum tanpa sedar senyuman itu membuah dendamku
Apakah kau bahagia dengan penderitaan yang kau ciptakan untukku

Tuhan
Mengapa sekali lagi?


iii
lelaki itu melintasi, lagi
dan aku harus memandangnya setiap kali
untuk hatiku menjaganya tanpa dia sedar
mengapakah Tuhan menciptakan sesuatu yang sebegini
untuk aku menjaganya dengan penuh hikmah

cinta itu sanjungan pada mata-mata mereka
tapi ia satu tugasan pada naluriku
menjagai dan meneladeni tanpa berhenti
menemani tanpa rasa penat
mendengar keluhan tanpa mengeluh
menguatkan tanpa menunjuk lemah
mendampingi tanpa rasa sangsi
menghormati tanpa rasa minta dipandang
sekadar menunaikan apa yang harus
tanpaku mengharap dia jua melakukan sendiri padaku
kerana dialah yang aku cintai

tapi mampukah aku membohongi
bila perasaan ini diinjak-injak
hati ini tidak pernah dijagai
kasih sayang ini tak pernah dipandang tinggi
kerana aku sekadar hamba yang berkhidmat buat tuannya yang tinggi duduknya

Tuhan tolong aku
Lepaskan aku daripada belenggu
Aku tak ingin bertuan lagi...
Lepaskan aku daripada cinta ini

(dengan tangisan)
15.03.11 bilik- 4.25petang selasa





Tari Tualang Tiga Siti nurhaliza

Menyusun tari ala tari, sembah di beri
Cergas tangkas ala sayang, gerak dan geri
Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni sejati
Pusaka asli ala asli, hai ibu pertiwi

Melenggang gaya ala sayang, gerak wanita
Dengan tari ala sayang, tualang tiga
Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni budaya
Pusaka bangsa ala bangsa, hai sepanjang masa

Langkah serentak ala sayang, sama bergerak
Segak gaya ala sayang, pendekar puteri
Bertepuk tangan amboi tangan, tanda berani
Tiada gentar ala sayang, hai membela diri

Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni budaya

Izinkan Ku Pergi


Sinaran mata
Cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam
Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya
Lama dikasih kita
Kau bawa bersama
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya
(Korus)
Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita dikalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku
Tersemat dijiwa
Setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu teguhnya
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya
(Ulang korus)
Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku
Maafkan aku duhai kasih
Izinkan ku pergi

Andai Milik Kita Elyana

Selamanya atau seketika
Abadikah cinta
Dalam hati kita
Mengapakah persoalan itu
Sering kau hulurkan
Kepadaku
Hentikanlah segala paksaan
Muktamadkan cinta
Sebelum waktunya
Cinta itu andai milik kita
Pastikan bersama
Keakhirnya
(Korus)
Biarkan pasiran waktu berserakkan
Biarkan sinar itu terpancar sendiri
Oh biarkan perubahan mendamai hati
Peralihan jiwa nan pasti
Getaran abadi
Hentikanlah segala paksaan
Muktamadkan cinta
Sebelum waktunya
Cinta itu andai milik kita
Pastikan bersama
Keakhirnya
(Ulang korus)
Lemparkan kesangsian itu ke sisi
Relakan pengharapan menjejak ke bumi
Oh teguhkan kejujuran tidak bertepi
Keikhlasan harum mewangi
Perjalanan ini
Perjalanan ini…

Lagu Teruskanlah - Agnes Monica


Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali..

Pernahkah kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan

Reff :
Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu

Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta buta
Kebutuhan mu

Back to reff.

Hoo.. Hooo

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau.. kau begitu

Teruskan lah... teruskan lah..

Followers