About Me

My photo
hai.. Selamat datang ke blog SalasiahNur. Enjoy da shortstories,my dairies and others. Love u all...

Friday, December 23, 2011

Mencari di balik tabir hati



Mencari di balik tabir hati
Apakah yang aku rasakan kini
Setelah ku tahu dia berdua
Setelah aku sedar dia amat bahagia
Setelah ternampak tiada lagi yang harus diingati
Tiada apa yang perlu dihajatkan

Aku merasa berdosa andai aku mendoakan dia suamiku
Kerana doa itu akan memutusi seseorang yang membahagiakannya
Tegarkah aku berdoa sekali lagi?

Dalam kolam hati ini
Bukan keegoan yang membatasi
Tetapi aku tiada sanggup merobohkan apa yang dia ada semata kerana keinginanku

Rapuhkanlah
Rapuhkanlah impian

Kuatkanlah
Kuatkanlah kekuatan yang dia berikan padaku
Agar aku mampu aku berjalan dan berlari
Tanpa menoleh mana laki-laki yang cuba memujuki jalanku

Andainya ini satu permainan
Biarkan aku bermain dengan satu yang kurekakan
Agar aku mampu berdiri dengan cinta
Agar aku boleh melangkah dengan bahagia sebagai seorang manusia

Gilanya aku
Aku boleh berdiri tanpa cinta di sisi
Tetapi warasnya aku
Aku ingin jadi manusia yang sedar akan diri
Sedar bahawa aku perlukan cinta
Walau aku boleh menidakkannya
Dan berjalan lurus tanpanya

Jadi itu
Aku jadikan cinta ini bentengnya
Batasnya
Laluannya
Walau bukan lagi dia matlamat yang dicari

Ada waktu cinta bukan satu paduan dua hati
Ia satu pengalaman bagi seseorang
Yang menyedarkan seorang yang ego seperti aku
Yang menguatkan seorang yang tak pernah sedar bahawa dia lemah (dalam memahami maksud hubungan sesama manusia)
Yang mengajar bagi yang tak pernah
Yang membentuk pada yang terambing
Yang menakutkan pada yang terlalu berani
Dan terpenting, ia memengertikan mana yang lebih disayang (Allah)

Cinta ini ada segalanya
Ia ada kebahagiaan
Ia ada kekuatan dua hati yang ingin bersatu
Ia ada paduan jiwa
Ia ada rimas dan cemburu
Ada sakit dan amarah
Ada takut dan menyesal
Ada lemah, ada pengorbanan
Ada sanjungan, ada kejelekan
Ada kebimbangan dan kelelahan
Ada juga erti sayang yang tak payah terpamerkan
Cukup resamnya
Tak terlupa juga amat tinggi nilai dugaannya

Amat tinggi
Amat tinggi

Aku redha dan pasrah
Tuhan menguji cintaku pada-Nya dengan memberi cinta ini
Dia melindungkan kesengsaraan hati ini dengan hadiah di sebaliknya
Apakah aku seorang yang tak reti bersyukur

Ya Tuhan
Separuh dozenan qamariah aku bersendiri mengadap cintanya
Tertutup pintu itu untuk menggantikan sandarannya
Sungguh tak terniat aku
Kerana telah terpenuhkan dengan nama indahnya
Apakah ini patut?

Aku bertanyakan pada Tuhan
Manakah jalan yang aku pilihkan
Adakah bersendiri itu kuat
Atau menerima yang lain itu semangat

Hati ini tiada pernah penat mencintai
Jadi untuk apa aku tinggali

Aku manusia biasa
Yang perlukan siapa yang teguh di sisi
Tapi adakah yang mampu membawa cinta sehebat itu padaku
Yang rela berkorban sebaik itu untukku
Tanpa mengingin balasan
Cuma meminta tanganku terhulur bagi bahagia bersama

Siapa lelaki yang mampu bersungguh sebegitu
Yang mampu menguatkan diriku sekuat itu kala aku mengadu
Yang merendahkan ego demi ikatan
Hingga sanggup menyata apa yang terasa di hati tanpa terlindungkan untuk menjaga air muka
Yang boleh merasa akan betapa dia berhak pada diriku tanpa memaksa
Yang boleh buatku rasa dimiliki dengan rela
Yang boleh kembali setelah dia yang pergi

Bukan keegoan yang aku ingin lelaki jatuhkan
Aku hanya ingin melihat keikhlasan dan kebenaran janji lamarannya
Tetapi dia  telah lakukan lebih dari itu
Tanpa pernah aku minta dan terfikirkan
Mahu apa lagi aku pada cinta ini

Aku cintakan dia
Dia sayangkan aku
Tapi Tuhan lebih kasihkan kami
Aku pergi
Tuhan melihat tangisan itu
Dia meraung
Aku meratap
Dia bermohon maaf kerana tidak mampu menunai janji
Tapi aku lebih tersiksa untuk memberikan kemaafan kerana dia tak pernah bersalah

Tuhan mendengar jeritan ini
Tuhan melihat tersungkurnya kami mengadap takdir yang tertakdirkan
Dia maha mengerti
Dia lebih mengetahui apa yang Dia rancangkan
Cuma kami merasa apa yang telah terasa

Maafkan bicara mulut ini
Maafkan pemergian ini
Kita terpisah jauh

Aku berjalan lemah dengan tangisan
Dia merasa kekecewaan yang tak tertahankan
Lalu padaku ada bentakkan terdengar
Maafkan aku cintaku
Suatu hari nanti kita kan sama mengerti
Tuhan ada jawapannya

Setelah kau ada penggantiku
Aku bersyukur pada Tuhan tidak lama kesedihan ini padamu
Benar aku tahu dan merasa, sekali engkau tak bicara dengan sebenarnya

Maafkan dosa ini andai ia dosa
Maafkan salah ini andai ia salah
Tapi mengertilah ada betulnya
Walau salah caraku mengatakannya

Cinta
Aku lemah tanpamu di sisi
Seharusnya kau mengerti betapa aku menyayangi
Dan tanpa silu aku bicarakan padamu
Kerana engkau sebahagian dari hidupku

Kini kita terpisah
Aku pun tak lagi berdoa kita akan bersama lagi
Kerana kau mampu lebih bahagia tanpaku
Kini kita terpisah
Aku pun tak ingin lagi mengikat namamu
Kerana kau akan lebih sentosa tanpa kehadiranku

Maafkan aku menjadi satu kiriman Tuhan
Kiriman yang mendukacitakan

Sungguh perkenalan ini amat berharga

Cinta
Aku relakan kau bahagia tanpaku
Aku juga relakan kau tidak ada ingatan bahawa aku pernah menyelinap di sudut itu
Kerana mengingatinya mampu buat dirimu terluka

01.50 pagi
21.08.10
Sabtu




No comments:

Post a Comment

Followers