About Me

My photo
hai.. Selamat datang ke blog SalasiahNur. Enjoy da shortstories,my dairies and others. Love u all...

Friday, December 23, 2011

Aku Sayang Pakwe Aku


Aku ada sorang pakwe (sorang jer yer). Aku selalu rasa aku tersiksa hidup dengan dia, tapi aku tak tau nape aku sayang sangat kat dia. Aku selalu salahkan takdir temukan aku dengan dia dan salahkan diri sendiri sebab couple dengan dia balik pas setahun kitorang putus dulu. Nak dijadikan crita aku sorang yang suka baca buku. Jadi tiap kali aku gie ekspo aku akan melekat kat gerai buku dan satu malam tue aku terjumpa satu buku, tajuknya “ 112 petua untuk isteri cemerlang”, memang seswai sangatlah sebab sekarang mmg aku ngah praktis nak jadi isteri orang pown. Untuk pakwe aku, aku belikan buku “kesalahan dalam solat jumaat” tapi sekarang tak bg kat dia lagi.
Aku nie jenis banyak mulut, tapi pakwe aku pendiam- dengan aku lah, klu dengan orang lain dia kata dia banyak cakap gak n suka buat lawak tapi bila dia wat lawak depan aku, aku bley plak tanya dia “ buat lawak ke tadi?”. Muka dia memang tahap muka serius and dia nie jenis workaholic sedangkan aku nie sebaliknya. Tyme aku kuar ngan dia memang aku rasa bosan sangat, aku jer yang cakap banyak tapi dia senyap n senyum jer. Kadang-kadang aku buat-buat diam supaya dia bercakap, sudahnya bukan dia nak bukak mulut pon, suasana lam kreta dah jadi mcm kena langgar garuda. Terpaksa lah aku bersuara balik. Dia tak pernah ajak aku kuar, slama kitorang gie dating, semua aku yang settingkan. Nak harap dia ajak aku, bak tunggu lombong emas bercakap la. Kalau nak gie mana-mana rasanya mcm aku nie pengikut jer, tiap kali kuar mesti gie kat karaoke, sebab dia suka nyanyi. Aku plak melongo jer dengar dia nyanyi. Aku suka gak nyanyi tapi aku sedar suara aku tak best jd aku segan la nyanyi depan dia. Dia tak pelah, penah dapat hadiah solo terbaik nasyid. Jadi aku yg pernah dapat gelaran suara katak nie sedar diri jerlah yer. Sudahnya semua lagu jiwang dia pulun, aku tadah telinga jer lah. Nasib baik suara dia sedap, klu tak pengsan aku kat situ tue. Aku nie anak bongsu lam keluarga, dia plak anak tengah-tengah. Adik dia pon ada ramai lagi. Aku plak sebagai anak bongsu memang manja tahap cipan. Mak ayah aku memang manjakan aku, pe aku nak, aku dapat. Tapi aku hangin sangat sbb pakwe aku nie langsung tak manjakan aku. Dah dari awal dia tahu aku suka teddy bear, tak pernah pon belikan aku teddy bear. Menjerit-jerit aku mintak, tak pernah dapat. Klu gie pasaraya, kedai sengaja jer aku ‘lepak’ depan bahagian teddy bear, dia bleh buat tak paham. Dalam keadaan tue aku jadi stress sangat sebab ex-boy aku dulu memang sangat2 manjakan aku. Aku mintak pe pon dapat. Kalau kuar, tak sah kalau aku tak bawak balik sekor teddy bear n barang-barang shopping. Aku tak mintak tapi dia yang beria-ria nak belikan. Aku dapat result just 3 pointer jer dalam ujian STPM skoll dapat enset SE k550i. Jadi bila aku bersama ngan pakwe aku sekarang aku memang tak puas hati sbb dia cam tak pedulikan aku langsung. Tak ada pon surprise untuk aku. Aku jadi bosan sangat. Lagi aku hangin kitorang jarang mesej n col sebab dia busy kerje. Aku sedey, rasa dipinggirkan n aku rasa dia tak sayang aku langsung. Dah tue napa nak couple ngan aku klu buat aku macam nie. Aku slalu je nangis (kan anak manja). Tyme aku ngadu kat dia, aku baru jer start nak nangis, dia kata klu nak nangis jangan cakap fon, dia malas dengar. Aku rasa cam dilayan tanpa perasaan. Pernah dulu tyme aku tunggu tawaran U, dia cakap kat aku. Tyme aku sem 1, dia nak kitorang bertunang, pas tue kitorang kawin. Maknanya aku kawin time blajar lah. Dia tak kisah tanggung aku blajar. Tapi bab ni buat aku tak puas hati sebab aku rasa dia pentingkan diri sangat. Takkan tak fikir keadaan aku nak pikul 2 tanggungjawab besar tyme belajar. Aku memang tak puas hati. Aku ske tulis dairi, jadi bila ada apa-apa lam hubungan kami aku ngadu kat dairi. Nak ngadu kat dia, baik tak payah. Nyakitkan hati. Aku rasa cam nak meroyan hidup ngan dia. Tapi aku still ngan dia gak.. Pelik.
Tyme sem 1, kitorang perang besar yang buat kitorang putus. Aku jerlah yang serang dia sbb aku memang tak tahan dengan sikap ignore dia dan macam-macam lagi, tapi dia cool jer. Cakap baik-baik jer kat aku, abis-abis pun dia cakap- “kita cakap lain kali la, ney tengah marah. Bie taknak jd hal tak elok”. Aku memang pantang orang ignore tyme aku marah, boley pulak dia letak fon tyme aku jd singa. Hangin betul. Nak jadikan crita, satu hari aku cakap kat dia, dia mesti janji jgn letak fon tyme aku marah n dalam terpaksa dia janji jugak. Malam tue mood aku ok tapi aku saja nak try test janji dia tue, aku buat2 hangin dan lastly dia letak fon. Aku kecewa sangat. Jadi aku hantar msj kitorang putus. Malam tue aku sedey sangat. Rasa cam separuh nyawa aku hilang tapi aku dah buat keputusan. Aku taknak ingat dia lagi.
Setahun kemdian aku dah malas nak fikir hal tue, aku malas nak simpan dendam atau pe2 jadi aku kol dia. Dia sure lah terkejut kan. Dan lastly dia hantar mesej better kitorang tak berhubung. Aku trima jerlah. Lagipun niat aku nak kawan. Entah satu malam tetiba mak aku passing fon, dia col. Dia rasa bersalah sebab hantar msj macam tue. Aku ok jer. And kitorang borak panjang. Dia cakap suka cakap ngan aku, aku dah cam matang sket. Yer ke???? Nak dipendekkan crita kitorang couple balik. Dia tak penah ada orang len pas kitorang putus. Dia kata tak rasa nak couple pown. Tapi bila kitorang berhubung, dia nak couple balik ngan aku. Aku rasa terharu bila dia cakap cam tue. Aku ingat semuanya berubah pas setahun tapi aku lalui hal yang sama. Aku rasa nyesal couple ngan dia balik.
Aku belek-belek buku yang aku beli kat ekspo tue. Aku take tyme mengadap buku tue. Aku baca dan barulah aku tersedar bahawa aku bersalah sangat kat pakwe aku. Kalau diikutkan perancangan dia, aku dah selamat jadi isteri dia sekarang, bukannya dia tak mampu, aku jer yang asyik nak postpone. Dalam buku tue cakap kalau isteri tak nampak kebaikan suami maka pahala amalannya terhapus. Bayangkan kalau pakwe aku dah jadi suami aku sekarang, aku tak pernah nak nampak kebaikan dia. Maknanya pahala amalan aku senang-senang jer melayang. Banyak kebaikan suami kat isteri, bagi makan, bagi keselamatan, tempat berlindung n macam-macam. Klu aku jadi isteri mcm tue betapa ruginya aku. Selama nie aku tak nampak pon kebaikan dia. Sekarang aku baru teringat pengorbanan dia kat aku. Dulu tyme aku nak masuk U dialah yang bawak aku gie shopping barang-barang, dengan rela hati plak dia jd khadam ngangkut barang-barang aku. Minyak kreta tak penah pon aku bayar. Makan pun semua dia tanggung. Aku cakap jer nak pizza ke, KFC ke, kedai mana ke dia bawak. Memang dia tak pernah ajak aku kuar, sebab dia memang bizi gila. Dia kata dia taknak janji apa-apa kat aku apatah lagi tentang kuar sebab dia taknak kecewakan aku kalau tak dapat tunaikan. Aku pon kadang-kadang faham gak. Aku pown cian kat dia tapi tyme tue aku lebih fikir tentang nak jejalan jer. Bila fikir balik rasa berdosa. Dia punya nak jaga hati aku, tapi aku… Pernah dia crita kat aku, hari kitorang gie shopping blie barang aku tue dia sebenarnya keje tapi dia ponteng. Tyme tue mana aku fikir semua tue. Yang aku tau nak membebel jer. Aku selalu marah dia sebab kitorang mmg jarang ckp fon n mesej. Lama-lama aku fed-up aku senyap jer. Tapi sekarang aku mula faham. Aku pon perasan dia curi masa gap metting nk balas msej aku. Kadang2 satu hari tak balas mesej aku. Aku semakin belajar faham keadaan dia, tanggungjawab dia kat majikan n pekerja dia. Aku takleh fikir dia hak aku sorang sedangkan dia kena jga kebajikan ramai org selain aku. Aku teringat kitorang bertikam lidah kes aku manja sangat. Aku mcm taknak berubah langsung, aku nak dia layan aku cam mak ayah n famly layan aku sedangkan dia nak aku jadi matang. Dia kata aku kena fikir jugak masa depan nanti aku dah tak duk ngan mak ayah tapi dengan org lain. Tapi aku tetap berdegil. Cian dia, aku teruk kan?? Aku marah dia tak belikan aku teddy bear. Sebenarnya dia pernah belikan n nak bagi kat aku, tapi tak sempat sebab aku dah tak bagi dia hubungi aku tyme tu. Dia pernah tanya aku, pernah tak lelaki gitau aku dia menangis sebab putus couple? Aku tak fikir sangat, tapi sekarang aku sedar dia nak nak gitau tyme kitorang putus dulu dia menangis n dia penah cakap dia tak ada niat nak putus pon ngan aku. Aku jer yg suka cakap putus. Aku bandingkan dia ngan exboy yang bg aku enset tyme aku dpt result exam kat skoll, tapi aku baru sedar pe yg dia buat utk aku tyme aku dapat result STPM dulu. Aku gitau dia aku sedey sebab result aku tak dapat sampai 3.5 pointer, utk heppiekan aku dia tipu GPMK tyme dia belajar just 3.28. Aku heppie sangat sebab dpt pointer tinggi drpd dia padahal GPMK dia sebenarnya 3.7. Kenapalah selama nie aku tak sedar pengorbanan dia. Kadang-kadang aku bosan dia slalu jer ngatur hal pelajaran aku, tanya ulangkaji ke tak. Mak ayah aku pown tak nyibuk cam tue. Last-last aku cakap “ala, tak kisah, nnt kawin ngan org pandai, ngan org kaya, jadi suri rumah”. Memang dia nak aku jadi suri rumah selagi dia mampu. Dia pernah kata, nak aku sendiri ajar anak-anak dia.  Bila fikir balik, sebenarnya aku ditemukan ngan seorang yang membantu aku capai cita-cita aku. Aku pun mmg berniat nak jadi suri rumah, nak ajar sendiri anak-anak aku selain beri pendidikan kat skolah. Cakap pasal anak aku cian kat dia. Dia tak sabar sangat nak anak. Kawan-kawan dia dah dukung zuriat, tapi dia... Abang aku yang sama umur ngan dia dah anak sorang, dia jer yang melongo tunggu awek dia nie habis belajar. Dia pernah cerita dia kuar ngan kawan dia, dia jer yang dukung baby tue tyme jejalan. Dia suka sangat budak tapi….. Aku tak dapat lagi tolong dia bab tue sebab aku memang taknak berkahwin tyme belajar. Apatah lagi ada anak. Cian dia. Aku slalu bosan dia bawak aku kat karaoke, tapi aku baru tringat kata-kata dia, dia kata kalau boleh dia nak nyanyikan sebanyak mana lagu yg boleh utk aku. Sekarang baru aku faham lepas aku tilik balik lagu yang dia nyanyikan utk aku, semuanya luahan hati and cinta dia kat aku termasuk lagu kecewa dia tyme kitorang putus. Dia tak pandai ucap dengan kata-kata, jadi dia sampaikan dalam lagu. Bila aku terdengar lagu yg dia penah dendangkan kat aku, aku rindu sangat kat dia. Ada tyme jugak dia dodoikan aku tido ngan lagu slow rock. Romantic gila. Hihihihi. Tapi aku nie jenis tak paham-paham. Aku geram dia senyap jer tyme kitorang keluar. Tapi baru aku tringat dia pernah kata, dia jatuh hati kat aku sebab aku jenis peramah, dia mengakui dia pendiam sket . Dia suka tengok aku bercakap mesra dengan orang termasuk orang yang aku tak kenal langsung. Kadang-kadang aku prasan dia try jadi cam aku, tegur orang yang tak dikenali tapi tak jadi. Hahahha.. Nampak cam kaku jer tapi comel. Sweet sangat bila aku ingat balik. Dan yang paling aku rasa terharu, dia crita dia memang minat kat aku tyme kitorang skoll lagi. Dia senior aku, tapi aku tak kenal dia wl kelas kitorang hampir bertentangan. Dia cakap dia slalu perhatikan aku. J dan pas dia jumpa aku kerja kat pam minyak tyme pas SPM (dia blajar tyme tue), dia tak couple pon sbb tunggu aku. Takdir Allah, aku trima dia pas skali jumpa. Bayangkan berapa tahun dia tunggu aku. Dari aku form 2 hingga aku habis form six. Masa aku trima dia (lam mesej) aku tak ingat muka dia langsung tapi tak tau nape nak trima dia. Aku sayang ngat kat dia walau aku tak brapa kenal dia tyme tue. Kenapalah aku baru sedar semua nie sekarang??? Kenapa tak dari dulu? Kenapa sekarang aku baru nak ingat semua-semua tue (aku nie pelupa ke apa). Kenapa aku baru terfikir?? Kenapa sampai kitorang putus setahun, couple balik barulah aku sedar. Tyme malam kitorang putus tue dia cakap tyme tue dia memang tension ngan keje. Aku plak buat hal. Aku jenis suka membebel, tapi aku plak tak paham-paham dia jenis panas baran macam kala jengking. Padahal awal-awal dia dah gitau, aku jer tak reti. Dia letak fon tyme aku marah bukan sebab pe, dia takut aku plak yang kena marah nanti. Jadi nak elakkan hal macam tue, dia letak fon. Sudahnya fon dia yang berkecai kena humban kes bergaduh ngan aku. Aku nie pon satu, hal cam tue pown susah nak faham. Dan ketidakfahaman tue buat dia dan aku merana kes keputusan putus yang aku ambil.
Aku baca balik dairi lama aku n aku ada terbaca part – aku kata aku rasa bahagia sangat tyme aku bersama dia. Napa aku lupa aku pernah rasa cam tue. Yang aku tahu nak marah dia jer. Sekarang pas aku sedar barulah aku faham kata-kata dia “suatu hari nnt syg akan faham napa abg buat mcm nie”, “abg cuma nak syg faham abg”. Aku sedang belajar faham dia. Aku taknak jadi isteri derhaka bila aku kawin nanti. Jadi aku belajar dan berlatih jadi isteri yang baik mula dari sekarang. Aku bersyukur sebab sedar sebelum terlewat. Aku nak mintak maaf dengan dia tapi aku tak tahu cam ner. Dia plak steady jer mcm aku tak pernah wat salah kat dia. Tak pernah dia nak ungkit apa-apa kekurangan dan salah aku kat dia. Sekarang nie aku mula faham dia bukan taknak peduli aku, cuma dia taknak aku terlalu dimanjakan apatah lagi dia memang bizi run projek yang delay sekarang nie. Tapi yang aku terharu sebelum tido dia cuba melayan mesej aku walau just sekejap. Aku mula faham dia penat kerja. Balik jer, mandi, layan mesej aku dan tertido. Aku tak sabar balik nak jumpa dia. Rasanya cam nak gie depan mak ayah n cakap…. “ mak, adik nak bertunang n kawen” J maunya kena pelempang sebijik.. Hahahhahaha…. Habiskan study dulu, praktikal n kerja setahun. Kitorang dah bincang hal nie. Nampaknya lambat lagilah dia dapat main anak sendiri. Aku rasa bahagia sangat sekarang apatah lagi pas sedar semua nie. Mungkin pakwe aku tak perasaan semua nie tapi ini benar-benar pengajaran buat aku. Dan juga, awek-awek serta isteri-isteri kat luar sana. Maaaakkkkkk… adek tak sabar nak kaweeeeeenn……..
05.11.10
1.10 pagi.

No comments:

Post a Comment

Followers