About Me

My photo
hai.. Selamat datang ke blog SalasiahNur. Enjoy da shortstories,my dairies and others. Love u all...

Sunday, December 25, 2011

Melarik Jendela Bahagia

Fahmi menghempaskan basikalnya ke tepi beranda rumah. Angin satu badannya belum hilang mengingatkan perbuatan gadis genit yang bernama Arisah di sekolah tadi. Siapa yang tidak merasa cuak apabila dituduh mengambil kesempatan padahal niatnya ingin membantu gadis itu yang hampir-hampir terjatuh ke dalam longkang tepi pagar sekolah. Budi yang dihulur sumpah seranah yang diterima. Arisah merupakan pelajar kesayangan guru merangkap juga timbalan ketua pengawas sekolah. Popularitinya dan Fahmi sama bandingnya Cuma Fahmi popular kerana kenakalannya di Sek.Men. Sultan Badrul itu sedangkan Arisah popular kerana kecantikan, dan kepandaiannya. Mungkin kerana gelaran raja samseng sekolah itulah menjadikan semua yang dilakukannya disalah tafsir walau sebenarnya Fahmi amat aktif dalam kokurikulum sekolah malah berada dalam kelas yang tidak kurang baiknya.

Arisah terhuyung-hayang apabila terpijak satu batu yang menyebabkan dia hilang keseimbangan. Muka longkang di hadapan bagai memanggilnya untuk ‘terjun’ namun secara tiba-tiba tangannya ditarik semerta badannya berada tepat di hadapan seorang budak lelaki yang amat dibencinya. Tanpa disedari sebenarnya dia terpeluk lelaki itu, namun bagi menghilangkan malu segera dia menjerkah dengan menuduhnya mengambil kesempatan. Pelajar lelaki itu kebingungan setelah disergah sebegitu sedangkan pelajar-pelajar lain faham bahawa niat Fahmi ingin membantu Arisah daripada jatuh ke dalam longkang. Kebetulan kereta papa yang dipandu Pak Amat tiba. Terus Arisah menaiki kereta tanpa berpaling dan berterima kasih. Di dalam kereta, Anisah merasa satu perasaan lain muncul. Seperti wayang gambar peristiwa tadi terbayang-bayang di mindanya.

Malam itu suasana amat sunyi. Yang ada hanya bunyi esakan kecil mama di sisi papa. Arisah melihat dengan sayu di ambang pintu bilik papa dan mama. Papa memanggil namanya dengan perlahan, lalu Arisah ke arah papa dengan hati yang pedih. Pedih melihat papa begitu. Kata doctor papa hanya ada masa 3 bulan. Kanser yang dialami papa sudah merebak jauh. Sudah tiada ubat yang mampu menyembuh. Dalam melalui hari-hari terakhir, mereka bertiga sentiasa bersama. Pulang sahaja dari kerja Arisah mengambil kesempatan berbual-bual dengan papa dan mama. Mereka melancong bersama-sama malah sentiasa keluar menonton wayang bertiga.
“ sebelum papa pergi, papa nak tengok Arisah berkahwin”
Kata-kata papa bukanlah satu kejutan, malah sudah beberapa kali diutarakan papa sebelum ini. Arisah terdiam. Mana mungkin dia akan berkahwin dalam waktu yang terdekat sedangkan calon kekasih pun dia tiada apatah lagi calon suami. Dia ke England semata-mata untuk belajar, tidak terlintas langsung untuk mencari kekasih. Dan, setelah setahun pulang, begini pula yang terjadi pada keluarganya. Papa akan pergi meninggalkan dia dan mama.
“ papa, bukan nini nak kecewakan papa tapi Nini tak ada calon, pa.” Arisah rela lakukan apa sahaja demi papanya termasuk berkahwin tetapi mana mungkin dia dapat mencari calon suami secepat ini.
“ Nini, kalau nini tak ada calon. Papa dan mama ada”. Tiba-tiba mama yang tadi hanya menjadi pemerhati menyampuk.
“ siapa ma?”

Majlis pertunangan berlangsung dengan meriah. Arisah berasa lega kerana mampu memberi sinar kebahagiaan pada papa. Walau hanya sedikit sahaja pengorbanannya terhadap papa jika dibandingkan dengan jasa memdewasakannya, namun dia akan cuba sedaya yang mampu untuk membuat papa bahagia walau dia sendiri tidak mengenali bakal suaminya yang kini bekerja di Singapura. Dalam masa sebulan lagi dia akan dijodohkan dengan tunangannya anak kawan lama papa semasa di kem tentera dahulu. Arisah tidak mengenali langsung bakal suaminya yang dikatakan sedang berkhidmat di kedutaan M’sia di Singapura. Gambar pun dia tidak mahu tengok. Untuk apa, sedangkan sekiranya sudah jodoh tak kan ke mana. Namun dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Semerta dia teringatkan Fahmi yang mencuri hatinya pada hari kejadian dia hampir jatuh longkang itu. Kerana keegoan, Arisah sering mencari fasal agar dia dapat menyelindungkan perasaannya. Mana mungkin dia akan bersama dengan Fahmi, musuh ketatnya sejak tingkatan 1 malah seperti satu kemestian, hampir setiap hari ada sahaja yang tak kena dengan mereka berdua. Bertengkar dan kadang kala membuatkan Arisah menangis sendiri. Dan kini Arisah dapat merasa betapa pedih hidup dalam kepalsuan. Mana mungkin dia akan mengakui perasaannya pada Fahmi yang berhati batu itu. Sekiranya Fahmi berhati manusia pasti dia sendiri dapat mengagak Arisah telah jatuh hati padanya. Senakal-nakal Fahmi, keputusan peperiksaannya sentiasa di depan, senakal-nakal Fahmi, keputusan pertandingan yang diwakilinya tidak mengecewakan. Itu yang membuatkan Arisah semakin jatuh hati setelah mengenali Fahmi dengan dekat. Tetapi Fahmi tetap begitu, malah bagaikan jauh hati setelah peristiwa longkang tersebut. Tiada lagi usikan nakal Fahmi, tiada lagi kenakalan Fahmi terhadap dirinya. Dia mengharapkan Fahmi lah bakal suaminya. Tetapi mana mungkin. Nama tunangnya dan Fahmi amat jauh beza. Tunangnya ialah Iskandar Shazrul Datuk Amin manakala nama penuh Fahmi ialah Ahmad Fahmi Fuad.

Petang itu entah mengapa dia teringin sangat menonton wayang bersendirian. Mungkin kerana dia sendiri memerlukan ‘waktu rehat’ tentang semua ini. Berada di rumah yang sibuk dengan persiapan perkahwinan membuatkan dia sendiri merasa penat. Sedang dia menilik tiket, Arisah terlanggar seorang jejaka. Dalam keadaan kalut dan merasa segan serta bersalah, dia menundukkan kepala tanpa melihat ke atas dan mengucapkan maaf lalu melarikan diri. Belum sempat langkah ketiga dihayun, namanya dipanggil oleh lelaki itu dengan persoalan.
“ Safi?? ” tubuh Anisah terkaku. Tiada orang lain yang memanggilnya dengan panggilan itu selain Fahmi dan suara itu sememangnya suara Fahmi. Pada saat itu hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan berbaur Anisah. Tanpa sedar lelaki itu sudah berada tepat di hadapannya. Arisah tidak dapat melarikan diri. Dia mengangkat kepala dan mata mereka bertaut, segera Fahmi mengalihkan pandangan.
“ lama tak jumpa awak”
Anisah menjawab dengan anggukan kecil.

Fahmi merenung seorang gadis dari jauh. Safi Anisah Ismail Lud. Seorang gadis yang amat tidak asing dalam hidupnya dan juga hatinya. Seorang gadis yang mampu membuat dia bertekad membawa diri ke Singapura tiga tahun lepas kerana merasakan cintanya tak mungkin kan terbalas. Fahmi masih tidak berhenti merenung, kerinduannya menggunung mana mungkin dia hanya akan membiarkan gadis itu berlalu. Lalu, dengan perlahan dia beratur di belakang Arisah, dan dia sudah menjangka Anisah akan melanggarnya. Kelemahan Arisah yang amat diketahuinya, mudah kalut dan kurang berhati-hati.

Hati mana tidak gembira apabila melihat orang yang dirindui di hadapan mata dan hati mana yang tidak terluka apabila menyedari hakikat bahawa cinta yang tersemat di hati perlu digugurkan. Pertemuan pada hari itu membuat hati Arisah tak keruan, jiwanya seolah-olah memberontak. Namun, dengan keimanan dan menunaikan tanggungjawab sebagai anak dia redha. Malah solat istikarahlah penemannya saban malam. Setelah itu dia mendapat ketenangan yang dicari, tanpa keraguan dia memilih untuk meneruskan pernikahan. Perkara yang berlalu biarkanlah pergi.

Majlis pernikahan pada petang Jumaat itu diadakan secara kecil-kecilan. Cukup sekadar dihadiri kaum keluarga terdekat dan sahabat akrab. Arisah yang berada di dalam bilik cuba untuk meredakan perasaannya apabila mendapat tahu rombongan pengantin sudah hampir sampai. Sebentar lagi ruang tamu rumahnya akan menjadi satu saksi pada ikatan suci yang diredhai Allah. Arisah sendiri yang memilih untuk dinikahkan di rumah. Baginya ia akan sentiasa mengingatkan dirinya terhadap tanggungjawab seorang isteri.

“ Safi Arisah Ismail Lud, adakah kamu benar-benar sudi menjadikan Ahmad Fahmi Fuad sebagai suami? ”. Wajah Anisah berubah. Apakah benar yang didengarinya ini? Mama yang berada di sebelah bagaikan mengerti dan mengangguk. Arisah melihat ke dalam mata mama, seolah-olah ada sesuatu yang terjadi. Tandatangan diturunkan.

Majlis pada hari itu berlangsung sebaiknya. Tak henti-henti Arisah bertahmid dan berzikir dalam hati menyatakan kesyukurannya pada Ilahi. Malam makin larut. Pada wajah Fahmi bagaikan ada satu misteri yang tak terungkai. Bagaikan ada rasa kurang enak yang mengjengah ruang hatinya. Arisah hanya berdiam, membiarkan si suami berkeputusan sendiri menerangkan segala. Di benaknya penuh persoalan namun kesabaran ialah satu kekuatan yang paling ampuh. Arisah tidak mahu mengganggu emosi Fahmi yang sejak tadi kelihatan terganggu.

Di suatu sudut ruang tamu, Fahmi menarik tangan isterinya ke beranda bilik. Memberi ruang pada mereka untuk berbicara dan inilah waktu paling tepat.

“ kekasih, di hati bukanlah taman yang gersang pemandangannya. Bukan sebening musim luruh yang kelam warnanya. Di sini ada satu Firdausi yang indah. Kerana ia tertanam benih cinta yang merimbun pohon rendang nan berbuah. Sesaujana matamu memandang kejernihan ketulusanku, sejujur itu kasih seorang suami yang tegar berada di sisimu. Aku kuat kerana kau bak Khadijah dan aku harapkan engkau juga selembut Aisyah. Amanah ini adalah rahmat, suatu saat aku berharap ia bukan sesuatu yang mudharat.”
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Iskandar terpaku melihat gambar tunangnya. Diakah yang dirindui Fahmi saban malam? Gadis inikah? Hatinya berbelah bagi. Dia bagai baru tersedar dari lamunan. Adakah ini benar ketentuan Tuhan.

“Safi, ini surat daripada Iskandar. Dia sekarang di Melbourn”. Fahmi menyampaikan sekeping surat bersampul kuning pada isterinya. Mungkin surat itu mampu menjawab segalanya. Sedang Iskandar sendiri mahu menerangkan segalanya pada bekas tunangnya.

Assalamualaikum.
Pada tunangku Aris yang kini bergelar isteri kepada teman karibku Fahmi. Maafkan Abang kerana berlaku sebegini. Pada-Nya abang mengadu dan bertanya dan inilah jawapannya. Pertunangan kita ialah jambatan takdir yang mendekatkan kasihmu pada Fahmi. Penerimaanmu pada pertunangan ini kerana orang tua, namun benarkah hatimu rela bersama Iskandar yang tidak sekali kau kenali. Aris, abang mengenalimu amat lama sekali. Fahmilah yang memperkenalkan Aris pada abang. Setiap bait ayat dari bibirnya memujimu, setiap kata yang terluah mengagungkanmu dan tanpa abang sedari abang mencintai seorang gadis yang dicintai oleh teman rapat abang. Abang berada di tengah situasi yang amat menghimpit. Antara cinta dan persahabatan. Abang sentiasa berdoa pada Tuhan agar abang dapat bertemu mu dan sejauhnya lagi, menjadikan Aris sebagai permaisuri hidup abang. Mata hati abang kabut kerana cinta yang menghias indah sanubari ini, hingga terkadang abang terlupa di manakah landasan abang berada.
Allah memakbulkan doa abang, Dia menemukan Aris pada abang dan Arislah merupakan gadis yang dijodohkan untuk abang semenjak kecil. Tidak abang menyangka betapa dekatnya kita dan dengan berbesar hati abang meneruskan hajat orang tua kita untuk melihat dua keluarga ini bersatu. Safi Arisah berada dalam situasi sulit dan Iskandar Shazrul bagai menangguk air yang keruh. Dan Arislah mangsanya. Abanglah petualang. Petualang pada teman baik abang yang mencintai Aris sepenuh raganya. Abang tersasar. Suatu saat Allah menyedarkan,entah bagaimana abang terbacakan sesuatu di blog Aris. Nukilan yang telah Aris tulis bertahun lalu baru abang sedari bahawa Aris dan Fahmi saling menyintai. Abang nekad, rasa cinta ini hanya sesuatu yang membuat abang terlupa dan tersasar jauh, amat jauh. Abang menjadi seorang lelaki yang mementingkan diri dan seorang teman yang mengkhianati. Akhirnya pada Fahmi abang katakan, dialah selayaknya menjadi imammu. Bukan abang.
Aris, rasa cinta ini masih kuat membara. Tangisan pedih menjadi peneman setia namun abang tahu Allah itu ada. Lalu abang membawa diri ke Melbourn, menyambut baik tawaran bertukar posisi ke sana. Hanya Aris dan Allah yang mengetahui rahsia ini. Abang harapkan Aris memaafi abang, abang harapkan juga Fahmi dapat melupakan dosa abang saat abang bermohon maaf padanya. Pada waktu ini, abang masih tidak punya kekuatan untuk memberitahunya cerita sebenar, abang berharap Aris dapat memberi abang kesempatan masa untuk ini. Abang doakan Aris bahagia bersama Fahmi. Ingatlah abang sebagai seorang kawan yang sentiasa mendoakan kebahagiaan Aris.
Dan untuk sekali ini izinkan abang katakan sesuatu yang ingin abang katakan seluruh waktu musim pertunangan kita tapi abang tiada keberanian untuk katakan, “ Abang amat menyintaimu sayang. Abang sangat menyintai tunangan abang. Bakal permaisuri hidup abang”.

Jadilah Khadijah dan Aisyah. Fahmi membutuhkan kedua-duanya.
Assalamualaikum.

Iskandar Shazrul
Air mata Arisah mengalir perlahan. Tangan Fahmi dipegang erat dan kemudiannya dikucup penuh kasih dan hormat. Sungguh besar keagungan Tuhan yang maha mendengar. Mengakbulkan doa yang dibicara sepanjang malam.

“ Ya Allah, di sisi Engkaulah segala ketetapan. Hanya pada-Mu kuserah panduan hidupku. Berikan aku Muhammad yang mampu membimbing dan membahagiakan ku dengan tanggungjawabnya waima sekali siapapun dia”

Tamat.
04-05/ 08/10
My first cerpen

No comments:

Post a Comment

Followers