About Me

My photo
hai.. Selamat datang ke blog SalasiahNur. Enjoy da shortstories,my dairies and others. Love u all...

Friday, December 23, 2011

Satu saat aku bertanya pada diri



Satu saat aku bertanya pada diri
Andai suatu masa hari nanti dia kembali
Apakah pandanganku terhadapnya

Dan aku melihat dia dengan pandangan kosong
Kala dia berteleku di paha keredupan hati(ku)
Memohon agar cinta ini kembali
Apakah ia akan kembali ?

Bila, suatu masa dahulu aku jengah hari-hari hujan penantian dia pulang
Tetapi tak pernah berpayung datang seorang kekasih menjemput aku
Walau berutus surat merayu aku khabarkan pada angin rindu
Hanya tempias bara amarah menjadi jawapan di tirai jendela sendu
Sekiranya benar aku bersalah kerana masih berdoa untuk kembali
Sedarkanlah

Kira aku menghentikan peraduanku di kamar dingin
Bila teratak ini semakin usang dengan kewalahan hati
Dan kala mata hatiku mula tertutup untuk menanti

Aku bangkit dari keingatan pada satu saat yang seharusnya aku percaya ia takkan pernah ada lagi
Bila dia mengusir aku, untuk bangun dari sandaran hati
Jadi aku pergi
Dan aku berjanji takkan kembali

Kerana
Perpisahan ini tanda di sini tiada tiang yang menegakkan
Tiada dinding yang melindungi hati-hati untuk berteduh
Ia kosong
Tiada apa
Kerana itu ia roboh
Sekian lama setelah aku berada di sini menanti baru sedari aku sedar
Aku hanya berada di padang kosong
Di atas hamparan angin
Berdinding kelam malam
Berlampu kelip-kelip tak bernyawa

Kira Tuhan mengingatkan aku
Atau aku yang memaksa diri untuk berdiri dan bergerak perlahan
Inilah jawapannya

Aku tanpa rasa memandang tangisan seorang lelaki
Melihat mata rayuannya
Apakah aku akan menurut hendak dia

Jika aku mengambil masa berkurun untuk mengerti bahawa cinta ini telah pergi
Biarlah aku mengambil hanya sedetik cuma untuk mengingatkan dia
Kami sudah tiada
Sekiranya aku menanti waktu berpurnama untuk dia datang
Biarlah aku sekadar beri sesaat untuk dia sedar bahawa aku telah pergi

Kekasih
Sekiranya semalam adalah waktu yang mampu berulang
Aku akan minta hanya sekejap waktu lagi untuk aku terlena di pelukan kasihmu
Sekiranya kemalrin ialah datar masa yang takkan berlalu
Aku takkan minta untuk hari ini datang
Tetapi ia takkan mungkin

Lalu kuusap pundak hatinya
Bersama balasan renungan dengan jawapan yang bukan dia harapkan
Maafkan aku

Aku tak mampu pegang hari lalu untuk ku berikan padamu hari ini
Biarkan kita pergi
Searah masa dengan waktu kau ucapkan kalimat
‘sudah tiada kita mulai saat ini’

12.01 tengahari
2 Julai 2011
(Azh)

No comments:

Post a Comment

Followers