About Me

My photo
hai.. Selamat datang ke blog SalasiahNur. Enjoy da shortstories,my dairies and others. Love u all...

Friday, December 23, 2011

Kalimah-Kalimah Cinta (belum siap)



14.04.10
Prolog:
         Kedingingan kota sintok mendamaikan hatiku. Merupakan satu kewalahan pabila aku kembali lagi ke sini. Alhamdulillah aku telah berjaya dengan cemerlang dalam pengajian sarjana mudaku setelah 3 tahun berhempas pulas menimba ilmu. Aku tidak mendoakan masa berputar kembali, Cuma yang aku harapkan kenangan dan ilmu sentiasa sebati dalam diri. Ini bukan kisah atau drama romantic yang buat kalian terbuai-buai dengan kisah cinta yang indah. ini bukan mengenai zaman kolejku, dan ini bukan kisah indah dalam hidupku namun aku bahagia. Ini kisah cinta tapi mungkin kalian akan bencikan penamatnya. Aku kembali ke sintok, untuk memujuk hati yang pedih serta mengingatkan diri bahawa di sini juga aku mengharung saat getir meneruskan cintaku. Serta, aku ingin tamatkan di sini. Di tempat yang mana aku tertarik pada seorang pemuda, yang aku tidak kenali. Aku tak pernah melihatnya di hadapanku, secara realiti tetapi aku menerimanya sebagai kekasihku, hanya sekadar dalam talian. Suatu janji yang dia mungkiri, aku pegang dan ingin aku lepaskan di sini. Di satu tangga hidup yang aku lalui, sepanjang aku menyintainya. Aku mencarinya di pantai barat, untuk aku tenangkan hatiku. Adakah aku benar-benar tenang, Ini kerja gila.

Bab 1
 Aku mengadap laptopku pada jam 4 pagi, menaip dan aku harapkan ideaku ini menjadi. Telah lama aku nantikan saat aku berjaya sebagai penulis, dan inilah permulaannya. Serta permulaan ini telah menggagahkan aku ke kota metropolitan Kuala Lumpur untuk mencuba nasib atau lebih tepat “melihat” kejayaanku sebagai penulis. Perasan. Aku memang syok sendiri sikit. Aku telah diterima bekerja di sebuah syarikat swasta secara kontrak dan aku senang dengan tugasanku. Aku bergerak sebagai pembantu pengurus pemasaran dan merangkap juga pengurus sumber manusia pada masa yang sama di sebuah syarikat kecil yang menjalankan perniagaan barangan cenderahati dan cenderamata. Gaji taklah seberapa tapi melebihi cukup makan lah. Kedatangan aku ke sini juga ada niat yang sebaliknya, menyelam sambil minum air. Aku ingin mencari dan bertentang mata dengan bekas kekasihku dan dalam masa yang sama dia tak kenali aku. Namun begitu macam mana aku nak cari dia sedangkan alamat rumah, tempat kerja dia pun aku tak ada. Malahan, no telefon dia pun aku dah buang memandangkan pada waktu ini aku terlalu frust kerana dia dengan sewenang-wenangnya memutuskan hubungan silaturahim kami kerana perempuan lain. Adakah aku kecewa? Oleh sebab yang demikian, pencarianku sebagai mata-mata yang tak bergaji akan mengalami sedikit kesulitan. Maknanya aku perlu lebih menyerah pada takdir yang  maha esa.
Nak dijadikan cerita, pada hari aku nak menghantar manuskripku ke syarikat penerbitan, aku telah mengalami pengalaman yang amat menyyakitkan hati aku dan hampir menggilakan aku kerana aku terpaksa pulang tanpa berjaya menyerahkan “manuskrip emas”ku. Entah datang dari mana seorang mamat poyo berlari-lari mengejar seorang peragut. Hero sangatlah tue. Sengal. Dengan tanpa  rasa bersalahnya, si hero cerita Hindustan yang menggejar peragut tue merempuh aku dalam usaha menangkap peragut terbabit dan menyebabkan.. “gedebuk” jatuh standard aku hari ini kerana aku telah jatuh seperti nangka busuk dan ….. manuskrip aku…. Baik punya drama, manuskrip aku terbang bak burung merpati putih masuk longkang. Yang lebih syok, longkang tersebut berair dan …
“aaa… manuskrip aku..” tanpa sempat aku kawal keayuan dan kesopananku, aku menjerit sampai orang yang kusyuk melihat hero tadi bersilat melawan penjahat tadi berpaling ke arahku. Mamat sengal!!! Dengan muka yang bengang dan otak yang telah mencanang pelbagai kata-kata kesat aku berjalan laju ke arah hero yang telah berjaya menangkap peragut tu dan menyerahnya kepada pihak polis yang telah pun sampai. Aku dah tak kisah dah jasa dan bakti hero tu terhadap bangsa, masyarakat dan negara, terus jer aku panggil dia dengan nada suara yang takseberapa ayu. Marahlah katakana.
“sedara.. awak..”  tak berpaling gak mamat nie. Nie aku bengkak nie. Baru jer tangan aku nak mencuit bahunya, sekali dia berpaling. Aku kaku dan rasa nak pengsan… a’aaa.. kenapa gelap nie?

Sedar punya sedar aku telah berada dia atas katil wad bahagian wanita hospital  dan.. mamat tue ada kat sebelah aku. Aduyai. Hensemnya. Adakah aku pengsan setelah melihat raut wajahnya yang hensem itu? Tak! Kenyataan yang mengatakan dia hensem juga tipu dan sebenarnya, mamat nie lah yang aku cari selama nie. Sengaaalllll….
“awak dah ok? Saya tahu nama awak kat kaunter tadi, nurse buka dompet awak dan..”
“dan apa?”
“saharahtul Zahra kan?”. Yelah sengal, buat-buat tanya lagi… aku ex engkau dulu ngok..
“ saya farid” hek elleh.. sempat lagi pulak dia kenalkan diri dia, macam aku tak kenal, berlakon. Ke dah lupa nama aku yang indah tue. Tapi kejap, kenapa dia memang macam betul-betu tak kenal aku jer nie? Rasa ragu dan pelik aku menyebabkan aku tak sedar dia telah berlalu. Tapi kenapa farid tak kenal aku. Kan berlambak gambar yang aku beri kat dia dalam tempoh kitorang couple tiga hari tue. Takkan tak cam langsung kot. Tapi bagus jugak ek, boleh lah aku jalankan plan kenakan balik playboy nie dengan lebih berkesan. Adehh.. sakit plak belakang aku. Petang tue jugak aku keluar hospital, alah bukan sakit apapun, pengsan jer. Macamlah aku tak biasa masuk hospital kalau aku pengsan. Sebenarnya aku mempunyai satu kelemahan yang terulung dalam hidup aku, iaitu aku akan pengsan kalau terkejut. Darah gemuruh kot? Entah, tapi aku tak takut tempat tinggi pun. Disebabkan kelemahan aku nie, dulu aku selalu pengsan. Tengok katak tiba-tiba melompat depan aku pun aku pengsan, takpun pitam. Nasib badan.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku asyik terfikir kenapa farid tak kenal aku. Hal ini menjadikan kemarahan aku reda, lagipun bukan masalah sangatpun, print out balik jer manuskrip tue. Pelik bin ajaib. Adakah dia pernah mengalami kemalangan yang menyebabkan dia lupa ingatan. Erm… atau, yang lebih logic, dia mempunyai terlalu ramai koleksi bekas awek menyebabkan dia tak ingat aku. Lagipun kitorang tak pernah jumpa. Walaupun dia pernah tengok gambar, kemungkinan gambar aku dah hilang dari gambaran ingatan dia kerana bertindih dengan rupa perempuan-perempuan lain. Aku dah jumpa dia, misi aku bermula. Alamak, macam mana aku nak jumpa dia balik?

Hari ini hari yang indah sebab aku ditemukan balik dengan si sengal farid tue. Rancangan bermula. Cekerama pun dah bukak tabir. Aku ternampak farid di seven eleven. Amboi senang hati ek, macam tak ada kekesalan langsung atas perbuatannya yang lampau meninggalkan aku. Trick yang pertama, aku beratur di belakangnya di kaunter bayaran, kebetulan ada 2 orang lagi pelanggan kat belakang aku. Aku buat bunyi mulut yang kedengaran macam kentut. Boleh tahan jugaklah kuatnya, dan kemudian aku tutup hidung sambil menepis-nepis depan hidungku bagi member gambaran bahawa farid yang kentut. Orang tengok dia semacam termasuk penjaga kaunter yang bertukar riak wajah. Huhuhu.. padan muka. Bayangkanlah betapa malu nya dia masa tue, aku mengadap ke tempat lain apabila dia cuba melihat wajahku. Kan dah kena sebijik. Dari dalam kedai aku dapat lihat dia masuk ke sebuah kereta  waja. No plat… hahahha.. aku dapat dah.. sepertimana yang aku ketahui, farid merupakan anak seorang pengusaha restoran terkemuka di Bandar nie. Macam mana aku nak cari ya?

Hari ini memang hari yang bertuah bagi aku, sebab aku jumpa farid kali kedua pada hari yang sama. keluar jer kedai aku dapat taksi lepas tue aku nampak pula kereta waja kepunyaan farid tersadai di tepi jalan. Dengan serta merta aku minta pemandu taksi menghentikan taksi. Dengan penuh lakonan…
“ assalamualaikum.. saudara farid”
Farid yang sedang cuba mendail seseorang menoleh ke arahku. Muka dia macam terkejut jer tengok aku. Tanpa sempat dia berkata-kata…
“ingat lagi tak saya, saharahtul..”
“Zahra..kan?”
“yayyaya..” baik punya ingatan.
“kenapa ni awak?”
“entah, ada masalah enjin sikit. Tak apa saya dah telefon wakil insurans. Oh, tue pun dah  sampai” sopannya mamat nie, kemas, rapi, terurus, bergaya plak tue. pendek kata metroseksual. Adakah ini farid yang aku kenal sebelum nie?
“saudari…saudari…” tangan farid terlayang-layang depan aku.. koya aku nie  ek, sempat lagi berangan.
“berangan ke?” aduh malunya… dia tersenyum, mak ai lesung pipit.. hati aku nak gugur.. saharah, woi…. Otak beri arahan cepat kat budak nie ambil balik hati dia tue…. Saharah… saharah… back to realiti..
“ tak ar. Mana der… erm, farid..” aduh, manja lah,… mestilah, aku kena dapatkan contact no dia nie, alamat dia- barulah plan aku berjaya.
“ya…” aduh, gentlemannya..
“erm, mcm nie.. yela.. kan awak da tolong saya. Jadi kan elok kalau …” muka farid agak mcm terkial2 tunggu kata2 azimat dari mulutku.
Aduh.. mengganggu plan betul la pak cik nie. Sorang lelaki pertengahan umur mengacau daun kami. Ulat baru nak naik daun datang plak yang kacau. So, si farid melayan pakcik tue. Pak cik tue cuba membaiki kereta farid dan farid macam menanyakan sesuatu dan menghidupkan enjin. Aku terkial-kial sorang-sorang sampai menyepak batu-batu kecil masuk ke dalam longkang tepi jalan tue. Gol!!!! Hahha…. Aku tergelak sorang2 atas keberjayaan aku menggolkan batu terbabit. Tanpa aku sedari sebenarnya farid memerhatikan aku dah lama dan tersenyum. Aku perasaan hanya selepas pakcik tue terbatuk-batuk. Aiseh… segan aku.
“ best main sepak batu ya saudari saharah?” perli Nampak..
 “ oh ya, macam nie lah.. saudari berikan no saudari, nanti saya hubungi. Mungkin kita boleh jadi kawan?” wah… peluang baik punyaaaaa….. aku pon apa lagi, terus bagi no fon. Blum sempat aku meminta no fon farid, sekali lagi dating kami terganggu.. abg taksi plak hon kat aku. Aku jenis kalut sket trus bye kat farid. Bila dah masuk kereta, aku nyesal ngan kebodohan sendiri. aku tak dapat no farid. Oleh itu lepas nie, lepas solat aku kena berdoa banyak2 supaya farid kol aku. Huhuu… dah seminggu berlalu, aku ternanti-2 panggilan farid. Sedeynya… dalam masa itu juga aku juga menguruskan hal-hal novelku dan yang bestnya, setelah diteliti oleh pihak penerbit, mereka menerima manuskrip aku. Wah… novel aku akan bakal berada di pasaran. Bestnyyyyyyyyyyyyyaaaaaaaaaaaaaa..


Dah masuk setengah tahun nie, farid masih tak mewujudkan dirinya.. ah, boley blah lar.. tapi aku rindu… aku rindu kat pakwe aku dulu. Walau dia mamat sengal. Pengakuan yang ikhlas dari aku, sebenarnya aku sayangkan farid. Sepanjang 3 tahun aku berada di uum tiada lelaki lain yang aku terima lepas dia. Nak kata aku tak laku, boleh tahan panjang gak senarai menunggu tapi aku nak farid. Aku jatuh hati kat farid yang gila-gila, manja dan kuat cemburu. Tapi farid yang aku kenal sekarang tak macam tue. Walau farid yang aku jumpa sekarang ‘perfect’ tapi aku taknak yang nie, aku nak farid aku dulu. Mustahil farid boleh berubah sebegini cepat hanya dalam masa tiga tahun.  Dan semasa aku berada di sisi dia, aku tak rasa macam aku berada dekat dengan farid. No feeling… saharah… kenapa nie…

Aku bengang betul malam nie, laptop aku problem.. aku nak tengok my girl. Hangin betul la.. dah lah tadi si putih tue kencing atas tilam aku. Arggghhhh… hari nie aku bengke’ gila lar..  tetiba lagu tema my girl bordering di telefon bimbitku. Kacau daun la…. mesti imah nie, tengok ar.. no tak kenal lagi… budak nie dah berapa no lah dia nak tukar. Sepanjang aku kenal dia 2 tahun setengah nie, dah 5-6 kali dia tukar no baru. Malam tadi dah col aku ngan no lain. Nie no len plak.
“hello… wey, brapa banyak no ko nak guna ar. malam tadi guna no len, nie guna no len plak. Buat aku bengang jer… dah lah tadi si putih kucing aina tu kencing atas tilam aku, lap top plak problem. Aku nak tengok my girl pon tak ley. Ko ni pehal col aku memalam buta nie, si ejad buat hal lagi ke??? Ko takyah peduli sangat jeles mamat tue. Tahap cipan betul, macam si farid dulu lar… ntah bila tah mamat sengal tue nak col aku. Dah brapa banyak dosa dia buat kat aku, bukan nak mintak maaf..t engok, wat aku tunggu dia col lagi.. ish, aku tak paham lar kenapa aku bley jatuh hati kat mamat mcam tue. Nasib baik hati aku cintakan dia, klu  tak dah lama dah aku hantar dia ke Somalia. Biar kebuluran kat sana. Padan muka… ko diam nie pehal….”  Alahai… ada line lak masuk da..
“ imah, jap ar, ada col masuk lar… nanti aku col ko balik. bye” sekali mak da kol aku…
“ assalamualaikum mak… mak rindu anak kesayangan mak ke?”
“ ha, rindulah.. napa sekarang susah sangat nak telefon mak? Sibuk ke?”
“ tak la sangat.. sori2….huhu”
“ erm… mimi…”
“ pe dia mak????” len macam plak gaya cakap mak aku nie… macam de sesuatu jer..
“ macam nie.. petang tadi ada rombongan merisik mimi…”
“ha??????” aku dah terkejut tahap cipan plak nie. Sapa plak yang minang aku nie, nak kata farid- agak mustahil la… tapi aku mana ada calon lain selain farid.
“sapa mak?”
“ orang kuantan.. untuk anak sedara dia. Ingat tak masa kenduri kita dulu, mak semah kenalkan sorang lelaki kat kamu tue..”
“ yang mana” aku lupa ingatan… sapa ek?
“ yang keje tentera laut tue… yang jadi drebar van hari tu, tu”
“ oo… si akmal tue ke? Aik… dia mintak mak dia minangkan ke, mak dia yang beria-ria sebab dia tak ada col pon. Bukan dia tak ada no mimi.. mesti mak dia yang memandai”
“ tak lah mimi. Dia sendiri yang nak… katanya dia segan nak cakap dengan kamu. Lagipun mak pun boleh agak. Dia kan pemalu sikit.”
“ erm.. betulla…”
“ nak tak…? Mak Tanya jer.. kalau kau nak tolak, mak tak halang sebab korang bukan kenal sangat. Hal kawin-kawin nie, mak tak nak paksa-paksa. Tapi td, Nampak dia bersungguh lah nakkan kamu. Dia sendiri yang cakap kat ayah kamu. Ayah kamu kata, elok budaknya.. Nampak bertanggungjwab”
“ orang tak kenal mana lah dia mak.. kalau ya pon biarlah kenal2 dulu. Ni bukan zaman dulu..”
“ ye mak faham… mak Cuma nak bgtahu. Keputusan terletak pada kamu, lagipun kamu baru habis belajar. Mak lagi harap kamu pegang duit sendiri dulu baru kahwin”
“erm.. ye lah mak. Mimi kan baru keje. Novel pun baru keluar”
“ macam mana sambutan novel tue?”
“ elok mak.. penerbit kata sambutan menggalakkan. Hari sabtu ni kitorang buat majlis perasmian novel-novel baru”
“ eloklahh… eh, mak ada keje nie. nak buat karipap mak sepupu kamu pesan. Esok si baizura bertunang”
“ye ke mak? Kan dia baru lepas spm?”
“ tak apalah, jodoh dia sampai awal. Lagipun kerja bakal tunangnya tu pun elok. Baizura mintak tempoh 2 tahun sebab nak sambung belajar dulu.”
“ o…. mak kirim salam kat ayah ye…”
“ haa.. yelah..”
Si akmal pinang aku… aduh.. pehal la mamat nie. tak apa-apa mai minang pulak. Ngantokkkk… tapi sebelum itu aku perlu menghebahkan berita ini kat imah. Aku send mesej kat dia bagitau pasal akmal pinang aku. Dulu masa aku nak jumpa akmal, si imah la yang temankan. Aku rasa diorang serasi la.. tapi napa plak si akmal pinang aku.











No comments:

Post a Comment

Followers