About Me

My photo
hai.. Selamat datang ke blog SalasiahNur. Enjoy da shortstories,my dairies and others. Love u all...

Friday, December 23, 2011

Mencari erti rindu di sebalik wajah kasihku


Mencari erti rindu di sebalik wajah kasihku
Manakan dia

Siapakah yang bertamu di hati
Yang menikam menusuk dalam nada yang serupa
Bermadah pada puisi yang sama rentaknya
Yang terasa pedih tika bersedih
Merasa sayu ketika rindu
Bergerak pada alunan cinta berdua
Tersenyum pada mimik kata tiada beza

Dia di Barat yang tenang air samudera
Aku di Timur yang lembut bayu menyusur
Kami berada rentak yang hati yang teguh dalamnya
Sopan tutur nan bahasa

Namun apakah gunungan Utara ini menutupi pandanganku

Lelaki yang teguh berdiri  di situ
Menyerlah kemanjaan
Memaksa dengan kelembutan
Merajuk dengan penuh perasaan
Mana mungkin mampu aku melawan dengan herdikan

Maafkan aku
Kali itu hasrat hatiku amat terkeliru
Bukan ku kira tiada makna kau di sisi
Sedang pemergianmu amat ku tangisi
Aku Cuma terlupa pada siapa aku cinta
Aku terleka pada janji tertanam di jiwa
Aku menyuruh engkau pergi
Dan engkau pergi

Aku ingin  kau kembali
Kau merendahkan ego lalu memujuki
Kira benar cinta kita amat bererti

Namun kita terpisah jauh

Berdiri pada pangkat yang ini
Adakah ia buat kita tak mampu menyedari bahawa masa amat perlu untuk meneguhkan
Aku pula tiada kesabaran sedangkan segalanya telah engkau faham

Sang kekasih
Adakah lukisan irasku amat menusuk kalbumu
Pada pandang pertama hingga sebaik itu lamaran kuterima

Putera kepahlawanan warisan Melayu
Tiada pernah kau lontarkan kekuasaanmu padaku
Untuk mengerah mengata kau benar berhak
Hingga membuat aku terpaksa mengikut telunjukmu yang tiada makna

Sebaik layanan kau hulur
Seburuk itu aku berikan kembali

Diri ini amat berdosa
Janjimu ingin tertunai tapi terhenti dengan kata tak inginku
Maafkan aku

Hasrat bermain di hati
Tetapi aku tak merasa kita akan bersua pada kini
Berikan aku masa menilik diri
Sedang bahagiamu tanpaku amat terperlu

Kekasih yang tersanjung
Datanglah menjenguk hatiku sekali lagi
Agar aku merasa kuat melalui persisir ini
Agar tak terikut pada kapal yang berlabuh
Tak pula menyahut panggilan pulang kolek yang ingin kembali ke sisi

Selama ini aku tanpamu
Tiada pula aku menyambut tangan pelayar yang mana-mana satu
Aku ingin tangan ini bersendiri
Tak terpegang mana-mana lelaki
Sungguh aku berharap sebegitu
Kerana aku menunggu tangan kasihmu

Walau selama mana
Asalkan ingin masih bertahta
Pertahankanlah ia di hatiku

S I
Pusat Kegitan Pelajar UUM
04.14 petang
Selasa

No comments:

Post a Comment

Followers