About Me

My photo
hai.. Selamat datang ke blog SalasiahNur. Enjoy da shortstories,my dairies and others. Love u all...

Friday, December 23, 2011

Aku taknak benci dia

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera..
terasa sangat bila terlihat post dia kat UUM sekarang, siap pic profile gambar sendiri lagi. Hati rasa terbakar, sambil ketuk-ketuk kepala menyalahkan diri sebab pernah sayang dan mempercayai dia.. First time aku percaya janji seorang lelaki & orang tu dia. Bila dia berjanji takkan tinggalkan aku dan aku percaya..
Seriously aku payah nak percayakan kata-kata orang tapi dengan dia, aku percaya.. dan dia mungkiri....
Aku tak salahkan dia atas alasan apa dia tinggalkan aku, sebabnya aku sendiri tahu hal tu bukan keupayaan dia tapi ada sesuatu yang buat aku benci sangat-sangat kat dia. Apa yang dia buat, aku tak suka.. Yang buat aku rasa marah bukan sekadar sebab kitorang putus, tapi hal yang berbeza drpd hal tu...

bagi aku dia lelaki yang baik. Dia layan aku dengan baik tapi apa yang dia buat sangat menyakitkan aku. Aku taknak aku benci dia secara 'keseluruhan' sekadar sebab perkara yang berlaku tue, sebab dia seorang yang baik.. Dia caring pasal aku, pasal kawan-kawan dia, dia serious bila buat kerja, dia tolong aku dalam accounting yg aku tak pernah belajar, kat PKP sampai pukol 12, sedangkan masa tue kawan-kawan ajak dia men DOTA. He is DOTA addict!!!

Aku berdoa sangat-sangat, agar perasaan benci ni hilang. Aku taknak benci orang yang pernah aku sayang, yang pernah bersama aku dan berikan aku kenangan indah.. He's so sweet but suddenly so cruel... Aku tak harap kitorang bersama balik, aku cuma berharap aku tak anggap dia musuh sepanjang hidup aku.

Arrrgghhhhh....

Bila aku rasa benci sangat kat dia, aku tengok gmbr kitorang main congkak sesama, masa tue nampak frendly aja, aku harap sekarang pun aku rasa macam tue. Aku dah delete semua gambar lain, tapi aku tak delete video, bila aku rasa down, aku tengok video dance dia, sebab video tu mampu buat aku tersenyum dan tergelak.. Tadi aku send msj kat FB dia, dan baca balik msj2 sebelum ni, ms kitorang cple.. aku tergelak. Rum mate aku tengok semacam.. Aku bukan jenis gila talak, dan aku tak gila talak pun kat dia. Aku cuma harap perasaan benci ini hilang, tak adil kalau aku benci dia sampai macam nie sekali.. tak adil... Tak apa aku 'hilang ingatan' bahawa dia pernah merajai hati aku, asalkan perasaan benci ini hilang.

Aku nak sekali lagi, menenangkan dia .... walau hanya sekali saja aku mampu, dulu. Sebab biasanya aku buat dia pening je.. Hahahhaha...

:) Perasaan benci ini, hilanglah...

23/12/2011
07.30mlm

1 comment:

Followers